SEBAGAI bahagian ahli masyarakat, para pemimpin juga peka terhadap perkembangan sastera dan budaya bangsanya. Masa yang telah terisi oleh kesibukan melayani keperluan rakyat tidak dijadikan alasan bahawa mereka buta sastera. Setidak-tidaknya memberi galakan sastera kepada ahli keluarga seperti membeli buku atau keperluan-keperluan berkaitan. Kepekaan para pemimpin ini menjadi lebih bermakna apabila mampu meningkatkan upaya menjana mata fikir generasi membangunkan kehidupan menerusi sastera dan budaya itu yang mereka sendiri minati. Mereka berpendapat menerusi pelbagai aktiviti sastera dan budaya yang dianjurkan mampu dijadikan asas bernas ke arah pembentukan modal insan yang murni serta memberi kesan positif khususnya kepada generasi muda. Program Penghayatan Sastera dan Budaya di kem-kem Latihan Khidmat Negara dan program Islam Hadhari merupakan contoh program yang dimaksudkan. Di samping itu, peranan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan para penulis tidak harus dipandang ringan dalam usaha mereka memelihara kemurnian Bahasa
NS: Membaca merupakan aktiviti yang sangat bermanfaat dan setiap orang hendaklah berusaha memupuk minat membaca buku-buku sastera seperti novel. Bagi kalangan pemimpin, khususnya seperti saya seorang anggota pentadbiran kerajaan Negeri dan juga Ahli Yang Berhormat yang sepanjang masa sibuk dengan tugas, masa untuk membaca memang agak terhad. Akan tetapi pada kesempatan yang ada, saya membaca buku-buku berbentuk riwayat hidup tokoh-tokoh dan dokumentasi perjuangan, agama dan politik.
HA: Bagaimana pula dengan keluarga Datuk?
NS: Saya mempunyai
HA: Mungkin Datuk mempunyai cara tersendiri bagaimana pemupukan minat membaca seharusnya menjadi amalan setiap keluarga dalam masyarakat kita?
NS: Salah satu daripada kaedah saya memupuk minat membaca di kalangan anak-anak ialah dengan mengunjungi kedai-kedai buku setiap kali membawa keluarga bersiar-siar di gedung beli belah atau pasar raya. Apabila melakukan tugasan rasmi dan bermesyuarat di Kuala Lumpur atau di luar negara, salah satu daripada buah tangan yang akan saya bawa pulang ialah bahan bacaan, tidak kira sama ada ianya novel atau majalah.
HA: Novel ataupun cerpen ialah sebuah rakaman kehidupan manusia yang dipindahkan dalam bentuk kreatif agar menarik dibaca dan mesejnya mudah disampaikan kepada masyarakat pembaca. Pada pandangan Datuk, bagaimanakah para penulis yang disifatkan sebagai modal insan ini dapat membantu sejajar dengan usaha Kerajaan membangunkan Negara?
NS: Kreativiti seseorang penulis perlu dipelbagaikan mengikut keadaan semasa. Selain daripada dapat menyajikan sebuah kisah yang menarik, ia juga membolehkan masyarakat sentiasa peka kepada isu-isu semasa. Dalam hal ini tema cerita hendaklah bersifat terkini. Plot ceritanya juga perlu mudah difahami dan banyak menggunakan sketsa kehidupan yang sebenar. Dengan itu, ia akan dapat menerapkan nilai-nilai murni dan jati diri positif yang boleh dipelajari oleh para pembaca. Akhirnya matlamat melahirkan modal insan berkualiti dapat dicapai menerusi pembacaan bahan-bahan ilmiah ini.
HA: Apakah Datuk fikir perlu diwujudkan sebuah badan penerbitan buku-buku seperti novel, majalah atau kajian berkaitan sastera dan budaya di Negeri ini supaya peluang para penulis menghasilkan karya mereka lebih luas?
NS: Walaupun tidak mempunyai jabatan atau agensi yang khusus dalam memantau perkembangan atau keperluan bahan-bahan bacaan, namun kerajaan Negeri memberikan sokongan berterusan kepada usaha penerbitan buku-buku berkaitan sastera dan budaya melalui peranan Perpustakaan Negeri Sabah, Jabatan Muzium, Jabatan Arkib Negeri, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) dan pelbagai jabatan serta agensi berkaitan di Sabah.
HA: Karya-karya sastera berunsur Islam juga menjadi salah satu kecenderungan para penulis di
NS: Tahun 2007 merupakan tahun bagi pelaksanaan Islam Hadhari. Dalam hubungan ini, cerita-cerita atau karya-karya yang banyak menonjolkan prinsip-prinsip Islam Hadhari wajar diketengahkan. Dalam prinsip berkaitan dengan memperkasakan ilmu pengetahuan umpamanya, cerita itu hendaklah menjurus kepada kelebihan memiliki ilmu yang akan membawa kejayaan hidup di dunia dan kecemerlangan di akhirat.
HA: Budaya juga tidak dapat dinafikan lahir daripada kehidupan. Cara hidup kita mencerminkan sesebuah budaya sedang dialami. Dalam hubungan budaya dengan masyarakat setempat bagaimanakah peranan etnik-etnik tempatan dapat merealisasikan pembentukan sebuah Negara bangsa yang disegani bangsa-bangsa di dunia?
NS: Dewasa ini terdapat perkembangan positif dari kalangan penulis berasal dari
HA: Salah satu program kerajaan untuk memberikan kekuatan bangsa kita ialah menerusi Program Penghayatan Sastera dan Budaya dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di mana nilai-nilai pemupukan cintakan Negara disalurkan kepada generasi muda. Sejauh mana program ini boleh dimanfaatkan oleh golongan berkenaan?
NS: Program yang berteraskan penghayatan sastera dan budaya dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan salah satu teras latihan yang dijalankan di PLKN. Saya percaya pergaulan mesra yang sentiasa diceriakan dengan aktiviti-aktiviti berkumpulan akan lebih mengeratkan lagi integrasi di kalangan anak-anak muda pelbagai keturunan dan strata hidup serta agama. Sememangnya program ini memberi manfaat yang besar kepada usaha memupuk semangat cintakan Negara.
HA: Kesedaran masyarakat terhadap pentingnya Bahasa Melayu dalam apa juga bidang masih pada tahap minimum terutama sekali di kawasan yang jauh dari bandar. Contohnya masih ada papan-papan tanda yang mengalami kesalahan ejaan dan sebagainya. Sebagai orang bertanggungjawab terhadap Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Sabah, apakah komen atau saranan Datuk untuk menangani perkara ini?
NS: Bahasa Melayu memang telah lama menjadi asas perhubungan kepada masyarakat
HA: Tahun 2007 merupakan detik penting bagi Negara kita yang akan merayakan Jubli Emas Kemerdekaan. Sebagai mengisi detik-detik penting ini dan zaman mendatang, apakah harapan Datuk terhadap peranan dan tanggungjawab DBP yang semakin mencabar dalam pembinaan bahasa dan sastera kita khususnya di
NS: 31 Ogos 2007 menandakan Negara sudah merdeka selama 50 tahun lamanya. Selama tempoh kemerdekaan itu, telah banyak kemajuan dari segi pembangunan prasarana dilakukan oleh para pemimpin kita. Sekarang kita sedang melangkah masuk ke era globalisasi yang jika tidak diharungi dengan cukup persiapan akan menenggelamkan bahasa dan sastera bangsa yang telah bertahan selama 50 tahun setelah ia hampir dikuburkan pada 50 tahun yang lalu. Dalam hubungan ini DBP perlu merancang strategi yang mengarah kepada usaha menangkis serangan anasir yang ingin merosakkan bahasa dan sastera, khususnya menerusi medium teknologi maklumat. Sebagai contoh, jika seseorang itu tidak mesra IT dan tidak berhati-hati atau prihatin kepada penulisannya melalui komputer, ia akan mendapati bahawa berlaku keselahan ejaan disebabkan oleh komputer yang digunakan telah diprogramkan menggunakan bahasa Inggeris. Sastera asing yang melampau juga perlu ditapis daripada dengan begitu mudah menjadi bacaan masyarakat kita. Untuk itu perlu ada strategi berkaitan dengan perkara ini direkabentuk oleh pihak DBP.
BIODATA
DATUK Haji Nasir Tun Haji Sakaran dilahirkan di Semporna pada 20 Ogos 1953. Beliau merupakan anak ketiga Tun Haji Sakaran Dandai, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Datuk Haji Nasir memulakan persekolahannya di Government Primary School Semporna (sekarang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna) pada tahun 1964 sehingga darjah
Selepas memperolehi B.A. in Government and History dari University of San Francisco pada tahun 1980, beliau kembali ke Sabah. Beliau mengusahakan perusahaan sendiri sebagai peraih ikan di Kota Kinabalu. Pada tahun 1981 hingga 1985 Datuk Haji Nasir berkhidmat pula sebagai Pengurus Besar sebuah ladang kelapa sawit iaitu Ladang Sabdi Sdn Bhd. Namun begitu, pada tahun 1985, beliau beralih semula kepada perusahaan yang pernah diceburinya sebelum ini tetapi bukan sebagai peraih tetapi sebagai nakhoda kapal laut dalam. Disebabkan pelbagai masalah dan dugaan seperti berhadapan dengan pihak berkuasa perairan Negara jiran Indonesia yang menimbulkan kerisauan anak-anak kapalnya dan kos pembaikan enjin serta peralatan perkapalan yang agak tinggi, akhirnya pada penghujung tahun 1987, Datuk Haji Nasir kembali semula secara sepenuh masa mengurus Ladang Sabdi Sdn Bhd.
Pada bulan Disember 1980 ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) kawasan Sulabayan, beliau telah dipilih sebagai calon dan seterusnya memenangi kerusi DUN berkenaan atas tiket BN-USNO. Beliau menggantikan ayahnya yang telah melepaskan kerusi kawasan tersebut. Ketika itu kerajaan negeri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan